Semasa
cuaca panas terik ini adalah penting untuk kita semua menjaga kesihatan
dengan banyak minum air. Badan lebih cepat terhidrasi atau kurang air
walaupun duduk dalam tempat berhawa dingin. Tambahan lagi aktiviti luar
yang memang terkena cuaca panas.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
ingin memaklumkan bahawa cuaca panas dan gelombang haba yang sedang
melanda negara perlu diambil perhatian dengan mengambil tindakan yang
sewajarnya oleh setiap lapisan masyarakat.