Semasa
cuaca panas terik ini adalah penting untuk kita semua menjaga kesihatan
dengan banyak minum air. Badan lebih cepat terhidrasi atau kurang air
walaupun duduk dalam tempat berhawa dingin. Tambahan lagi aktiviti luar
yang memang terkena cuaca panas.
Strok haba atau selaran cahaya matahari yang teruk boleh menyebabkan penyakit kita bertambah teruk. Misalnya batuk atau asma mungkin makin menjadi-jadi ketika ini.
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
Gejala Cuaca Panas Melampau Akibat dari terdedah dengan suhu dan haba cuaca melampau ni, kita mungkin boleh mengalami ;
Sekiranya gejala diatas berlaku, anda perlu;
Elakkan:
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
Kalau dilihat, memang panas sungguh cuaca sekarang! Tekak ni selalu
je haus. Sekali lagi diberikan tips untuk anda menghadapi cuaca panas
melampau ni.
Pastikan badan sentiasa mendapat air yang mencukupi. Apabila air dalam badan cukup, tubuh boleh mengeluarkan peluh untuk memastikan suhu badan sentiasa normal.
Note : Jika air kencing bewarna kekuningan, itu bermakna badan kekurangan air.
Memakai pakaian yang berlapis, tebal atau ketat akan menyebabkan badan gagal untuk menyejuk dengan baik.
Perkara ini biasa berlaku di Malaysia dimana kini kita boleh melihat lambakan kes kanak-kanak terkunci di dalam kereta dimuat naik di laman Facebook Bomba Malaysia.
Apabila diparkir di bawah matahari, suhu di dalam kereta boleh melonjak sebanyak 6.7 darjah celcius dalam masa 10 minit. Lebih-lebih lagi di musim panas ini.
Sesetengah bahan di dalam produk kosmetik kemungkinan akan menyekut aliran peluh sekaligus menyebabkan rasa panas di bahagian muka.
Kafein dan juga alkohol boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, dinasihatkan supaya mengelakkan penggunakan kafein ketika musim panas jika anda perlu bekerja di dalam keadaan yang panas.
Jika anda merasa keadaan diluar panas yang luar biasa. Cepat-cepat cari tempat berteduh atau batalkan sahaja apa jua aktiviti yang perlu anda jalankan.
Untuk cuaca panas ini, alat pembaca suhu amat berguna sekali. Pastikan ia sentiasa ada bersama anda supaya anda boleh memeriksa suhu badan anda atau pun orang sekeliling jika badan merasa panas. Jika didapati suhu badan panas melampau, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital
Strok haba atau selaran cahaya matahari yang teruk boleh menyebabkan penyakit kita bertambah teruk. Misalnya batuk atau asma mungkin makin menjadi-jadi ketika ini.
Masalah
kulit gatal-gatal juga. Apalagi yang boleh kita buat nak elakkan semua
ni? Takkan kita nak jadi mangsa sebab musim panas ni kan?
Risiko Mangsa Cuaca Panas
Risiko Mangsa Cuaca Panas
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
- Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh. Maka pakaila pakai menutup aurat yang longgar seupaya pengudaraan lebih baik. :)
Gejala Cuaca Panas Melampau Akibat dari terdedah dengan suhu dan haba cuaca melampau ni, kita mungkin boleh mengalami ;
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot–otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
- Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Sekiranya gejala diatas berlaku, anda perlu;
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Minum air isotonik terbaik sebab ada opticarb yang membekalkan tenaga serta merta.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Pakai krim pelindung suria, SPF 50 keatas sekiranya nak keluar rumah.
- Hadkan aktiviti luar
- Kerap berehat
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
Elakkan:
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat (pakai pakaian yang longgar la ye? jgn bikini pulak)
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
1. Minum air dengan banyak
Pastikan badan sentiasa mendapat air yang mencukupi. Apabila air dalam badan cukup, tubuh boleh mengeluarkan peluh untuk memastikan suhu badan sentiasa normal.
Note : Jika air kencing bewarna kekuningan, itu bermakna badan kekurangan air.
2. Jangan pakai baju yang tebal / berlapis & ketat
Memakai pakaian yang berlapis, tebal atau ketat akan menyebabkan badan gagal untuk menyejuk dengan baik.
3. Jangan sesekali tinggalkan sesiapa dalam kereta yang sudah dimatikan
Perkara ini biasa berlaku di Malaysia dimana kini kita boleh melihat lambakan kes kanak-kanak terkunci di dalam kereta dimuat naik di laman Facebook Bomba Malaysia.
Apabila diparkir di bawah matahari, suhu di dalam kereta boleh melonjak sebanyak 6.7 darjah celcius dalam masa 10 minit. Lebih-lebih lagi di musim panas ini.
4. Kurangkan solekan (bagi wanita)
Sesetengah bahan di dalam produk kosmetik kemungkinan akan menyekut aliran peluh sekaligus menyebabkan rasa panas di bahagian muka.
5. Elakkan kafein berlebihan
Kafein dan juga alkohol boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, dinasihatkan supaya mengelakkan penggunakan kafein ketika musim panas jika anda perlu bekerja di dalam keadaan yang panas.
6. Batalkan aktiviti luar jika panas melampau.
Jika anda merasa keadaan diluar panas yang luar biasa. Cepat-cepat cari tempat berteduh atau batalkan sahaja apa jua aktiviti yang perlu anda jalankan.
7. Sentiasa pastikan alat pembaca suhu ada bersama.
Untuk cuaca panas ini, alat pembaca suhu amat berguna sekali. Pastikan ia sentiasa ada bersama anda supaya anda boleh memeriksa suhu badan anda atau pun orang sekeliling jika badan merasa panas. Jika didapati suhu badan panas melampau, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital
0 comments:
Post a Comment