Covid19-Coronavirus LIVE Map

Covid19-Coronavirus LIVE Map: [Updated Every 2 Minutes] Live Stream Stats, Update

COVID-19 Movement Control Order - MCO in Malaysia

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order - MCO) Malaysia

Dr Noor Hisham -The doctors at the top

In the Spotlight : Dr Noor Hisham - in Malaysia, medical professionals have been calm and clear in doling out health advice devoid of politics for weeks, and gained a loyal following in the process.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

27 October 2021

Bajet 2022

 


KUALA LUMPUR: Bajet 2022 mempunyai faktor 'Wow' kerana ia dirangka untuk memberi manfaat semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin tiada seorang pun tercicir daripada agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Bajet 2022 adalah 'dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat' dan berimpak tinggi merangkumi bantuan kepada golongan B40 dan M40 serta sokongan perniagaan bagi memastikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mendapat akses kepada pembiayaan bagi menggerakkan semua perniagaan.

"Selain bantuan berterusan kepada golongan rentan dan bukan rentan, Bajet 2022 juga adalah mesra Orang Kurang Upaya (OKU)," katanya dalam Sesi Wawancara Bajet 2022 bersama Perdana Menteri dengan media tempatan di sini hari ini.

Bajet 2022 akan dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada persidangan Dewan Rakyat Jumaat ini. 


Katanya, Portal Belanjawan 2022 Kementerian Kewangan menerima lebih 50,000 cadangan daripada orang ramai, yang diambil pertimbangan dan dijadikan input dalam Bajet 2022.

Perdana Menteri berkata, Bajet 2022 juga mengambil kira input daripada sektor perniagaan dengan menyediakan insentif cukai bagi membantu syarikat-syarikat yang terkesan akibat pandemik dapat membangunkan semula perniagaan dan seterusnya member manfaat kepada pekerja.

"Bajet ini juga akan menentukan kesinambungan dasar dan bantuan untuk menyokong rakyat dan perniagaan agar kekal berdaya tahan dalam menghadapi krisis bagi terus melindungi mata pencarian dan kehidupan rakyat dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata ia juga memangkinkan pembaharuan pascapandemik supaya negara mampu bangkit dengan lebih perkasa dan berdaya saing berteraskan pembangunan negara yang lebih terangkum dan mampan," katanya.

"Dalam bajet kali ini, kita masih beri bantuan secara langsung kepada rakyat, begitu juga kepada peniaga-peniaga mikro yang terpaksa tutup perniagaan dan tiada modal nak buka semula, kita akan beri fokus bagaimana nak bantu mereka," katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang berjumlah RM530 bilion dan jika bantuan dihentikan terlalu awal, ini mungkin mengganggu momentum pemulihan ekonomi.

Beliau berkata, jika bantuan dihentikan terlalu awal, ini mungkin mengganggu momentum pemulihan ekonomi yang telah dapat dilihat baru-baru ini.

Belanjawan 2021 bertemakan "Teguh Kita, Menang Bersama" telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tahun lepas dengan perbelanjaan bernilai RM322.5 bilion, terbesar dalam sejarah negara.

Ia dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi.

#bajet2022

20 October 2016

Live streaming pembentangan bajet 2017 belanjawan Malaysia

YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 di Parlimen. 

SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

SIARAN LANGSUNG BAJET 2017
Anda boleh menonton secara langsung menerusi RTM TV1, TV2 dan juga Media Prima TV3 dan TV9, Astro, Bernama TV


LIVE STREAMING BAJET 2017
Kepada yang tidak berkesempatan atau berada diluar, boleh juga menonton secara atas talian menerusi pautan yang disediakan dibawah.

(RTM) http://bajet.rtm.gov.my/bajet2017/
(RTM) http://myklik.rtm.gov.my/live
(TV3/TV9) http://tonton.com.my



Pembentangan Bajet 2017 juga boleh didengar menerusi Radio RTM Nasional FM.

Teks penuh ucapan pembentangan bajet 2017 akan dimuatnaik di laman http://www.treasury.gov.my/ bermula jam 6 petang ini, anda juga boleh membaca atau memuat turun disana.

SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com