Covid19-Coronavirus LIVE Map

Covid19-Coronavirus LIVE Map: [Updated Every 2 Minutes] Live Stream Stats, Update

COVID-19 Movement Control Order - MCO in Malaysia

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order - MCO) Malaysia

Dr Noor Hisham -The doctors at the top

In the Spotlight : Dr Noor Hisham - in Malaysia, medical professionals have been calm and clear in doling out health advice devoid of politics for weeks, and gained a loyal following in the process.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

31 March 2020

Free Data 1GB -Data Mudah Alih Percuma 1GB hingga PKP Covid19 berakhir


Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN yang salah satu daripadanya adalah menyediakan perkhidmatan internet percuma selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (KPP)

"Antara inisiatif yang ditawarkan adalah Internet percuma bernilai RM600 juta dari April sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir," kata SKMM sambil menambah bahawa langkah itu termasuk internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari oleh pascabayar serta prabayar Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile.

Pelanggan pascabayar dan prabayar empat syarikat telekomunikasi utama negara akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB) sehari, mulai 1 April ini sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemberian kuota secara percuma untuk pelanggan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis serta U Mobile itu adalah untuk digunakan antara jam 8 pagi hingga jam 6 petang.

“Panggilan percuma juga diberikan kepada pelanggan untuk menghubungi talian hotline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ringkasnya Cara Memohon 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020

8 pagi hingga 6 petang setiap hari

1. CELCOM
  - automatik terus masuk 

2. DIGI
   - tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

3. MAXIS
  - tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

4. UMOBILE
   - Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer

Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

5. ONEXOX
  - tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau
 USSD *150#.

6. TUNE TALK
- hantar mesej taip STAYHOME dan hantar ke 2222


-----------------------


Untuk Maxis Mobile

Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.

Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’
maklumat lanjut
https://www.maxis.com.my/campaigns/stay-home-stay-connected/ 

-----------------------

Untuk UMobile 
penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :

*118*6*7# untuk pengguna prabayar
*118*7*6# untuk pengguna pascabayar
maklumat lajut
https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/64/5458

-----------------------

Untuk Celcom Mobile
Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. 

Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,

*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
*118# untuk pengguna pascabayar
maklumat lanjut 
https://www.celcom.com.my/support/faq/personal#personal-shop-covid-19-support


-----------------------

Untuk pengguna Digi Mobile
Pengguna Digi akan memperoleh data 1GB percuma bermula 8 pagi hingga 6 petang bermula 20 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kelak. Ianya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan juga postpaid broadband. Anda perlu tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.digi.com.my/shop/digi-cares

-----------------------


sumber  BERNAMA
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1826703


#covid19 #pkp #mco #stayhome #dudukrumah 

30 March 2020

Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional

Dalam kategori manakah anda di dalam kelayakan Bantuan Prihatin Nasional? Sila rujuk maklumat di bawah.





sumber :
https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/kriteria-kelayakan-bantuan-prihatin-nasional-2/

27 March 2020

Senarai Bantuan Semasa PKP COVID-19




PUTRAJAYA: Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, susulan penularan wabak Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata mereka yang layak menerima bantuan itu adalah pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.

“(Bantuan itu juga) layak untuk pencarum sistem insurans pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan. Langkah ini melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta.

“Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Muhyiddin turut mengumumkan diskaun caj elektrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian.

“Dalam pakej rangsangan ekonomi (PRE2020) pada 27 Feb 2020, kategori perniagaan yang terjejas berikutan Covid-19, terutamanya sektor pelancongan akan menerima diskaun 15% bagi penggunaan elektrik untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April hingga 30 Sept 2020,” katanya.

Perdana menteri berkata, mengambil kira penularan Covid-19 menyebabkan impak yang lebih meluas, kerajaan memutuskan untuk memberi diskaun 2% bagi semua pengguna lain dalam sektor komersial, perindustrian dan pertanian serta pengguna domestik bermula 1 April hingga 30 Sept 2020.

Muhyiddin berkata, langkah pemberian diskaun 2% itu dijangka melibatkan anggaran peruntukan RM500 juta.

“Diskaun ini akan dimanfaatkan oleh lebih daripada 10 juta isi rumah dan pengguna komersial, industri serta pertanian,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata pembayaran RM200 Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada setiap penerima dibayar hari ini, diawalkan daripada tarikh asal pada Mei 2020 seperti yang diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi (PRE2020) pada 27 Feb

Beliau berkata, bayaran berjumlah RM760 juta itu akan memanfaatkan seramai 3.8 juta isi rumah penerima BSH.

“Bayaran tambahan sebanyak RM100 seperti mana yang diumumkan dalam PRE2020 akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bayaran tambahan bulan Mei ini melibatkan RM500 juta yang akan memanfaatkan 5 juta penerima BSH,” katanya.




17 March 2020

COVID-9 : Movement Control Order in Malaysia


Phase 1 (Movement Control Order - MCO)

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order - MCO) Malaysia bermula 18 Mac 2020
Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Bagi mengekang penularan Corona Virus Disease (COVID-19), kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara.

Perintah Kawalan Pergerakan-PKP  dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP


Local  Resources:

Information regarding COVID-19 in Malaysia can be found at the websites of the Prime Minister’s Office and the Ministry of Health, as well as Ministry of Health social media accounts:

The Ministry of Health, in collaboration with Doctor On Call, has set up a platform to disseminate information on COVID-19 in Malaysia, including a list of designated public hospitals in each state that are equipped to screen for COVID-19*.

*Please note:  The information on the platform is provided directly by the local service providers; the Department is not in a position to vouch for such information.
Other links:

Antara larangan dan sekatan yang perlu dipatuhi oleh orang ramai adalah seperti yang dinyatakan dalam infografik ini.

Sumber infografik: BERNAMA

WHO telah isytihar wabak #COVID19 adalah 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤

Ketahui perbezaan dan maksud pandemik, epidemik dan endemik.



COVID-19: Malaysia catat kes tertinggi di Asia Tenggara


COVID-19: Malaysia catat kes tertinggi di Asia Tenggara


Jumlah jangkitan pandemik COVID-19 mencecah seratus 70 ribu seluruh dunia dengan lebih 88 ribu jangkitan dicatatkan di luar China. Ia melibatkan seratus 57 buah negara dengan jumlah kematian dicatatkan 6,500 orang pada Ahad.











COVID-19 (Maklumat Terkini) rujuk  http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan



Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Seperti sedia maklum berkenaan Virus Novel Corona (2019-nCoV) yang telah menjangkiti ramai di serata dunia. Dengan ini saya berharap setiap pengguna dapat memastikan langkah pencegahan awal dijalankan.

Berikut adalah langkah-langkah mengurangkan risiko jangkitan:
1. Tutup mulut dan hidung menggunakan 'face mask' apabila berhubung/berurusan dengan orang lain.
2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
3. Pastikan menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
Bagi pengguna yang ada melawat keluar negara dalam masa berlakunya virus ini, di nasihatkan untuk menjalankan saringan kesihatan di mana-masa Hospital/Klinik yang terdekat.
Terima kasih dan sama-sama kita menjaga kesihatan.





What Is a Coronavirus?
Coronaviruses were first identified in the 1960s, but we don’t know where they come from. They get their name from their crown-like shape. Sometimes, but not often, a coronavirus can infect both animals and humans.
A coronavirus is a kind of common virus that causes an infection in your nose, sinuses, or upper throat. Most coronaviruses spread the same way other cold-causing viruses do: through infected people coughing and sneezing, by touching an infected person’s hands or face, or by touching things such as doorknobs that infected people have touched.
Some types of them are serious, though. About 858 people have died from Middle East respiratory syndrome (MERS), which first appeared in 2012 in Saudi Arabia and then in other countries in the Middle East, Africa, Asia, and Europe. In April 2014, the first American was hospitalized for MERS in Indiana and another case was reported in Florida. Both had just returned from Saudi Arabia. In May 2015, there was an outbreak of MERS in Korea, which was the largest outbreak outside of the Arabian Peninsula. In 2003, 774 people died from a severe acute respiratory syndrome (SARS) outbreak. As of 2015, there were no further reports of cases of SARS. MERS and SARS are types of coronaviruses.
But in early January 2020, the World Health Organization identified a new type: 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) in China. By late January, there were 300 confirmed cases in China and a death count that was still in the single digits, but rising. And despite airport screenings, a traveler had brought the first case to the U.S.

(Lung Disease & Respiratory Health Center)

Mitos vs Fakta Berkenaan Coronavirus Novel

Mitos: Saya kerap bersin baru-baru ini, berkemungkinan saya menghidap penyakit daripada coronavirus.

Fakta: Walaupun pesakit yang dijangkiti dengan novel coronavirus mungkin mengalami gejala seperti bersin, batuk, demam dan kesusahan pernafasan, ini tidak bermakna orang yang mengalami gejala yang sama telah dijangkiti penyakit ini. Diagnosis biasa yang boleh dibuat dengan simptom yang sama adalah seperti selesema biasa, flu atau jangkitan paru-paru. Diagnosis novel coronavirus (n-CoV) hanya akan dibuat jika ujian serologi adalah positif. Walaubagaimanapun, adalah baik untuk mendapatkan konsultasi perubatan dan mendapatkan pemeriksaan darah jika anda mengalami gejala yang sama. Gejala boleh muncul pada bila-bila masa dari 2 hingga 14 hari selepas seseorang terdedah kepada virus.

Mitos: Coronavirus adalah virus baru.

Fakta: Ya, tetapi tidak sama sekali ya. Wabak yang kita hadapi sekarang ialah Novel Coronavirus 2019 (n-CoV) iaitu salah satu jenis daripada keluarga Coronavirus. Strain virus ini adalah baru dan jenis coronavirus sebenarnya adalah virus lama yang telah memberikan mimpi ngeri kepada orang ramai pada tahun-tahun terdahulu. Pernahkah anda mendengar tentang SARS atau MERS? Ya, kedua-duanya sebenarnya adalah dari jenis virus yang sama, iaitu Coronavirus. SARS adalah akronim bagi sindrom pernafasan akut yang teruk dan MERS adalah Coronavirus yang berkaitan dengan sindrom pernafasan timur-tengah. Perbezaannya adalah bahawa mereka berasal daripada jenis yang sama dan merupakan strain yang berbeza. Terdapat juga strain coronavirus yang kurang membahaya di seluruh dunia yang boleh menyebabkan simptom pernafasan yang lebih ringan kepada pesakit yang mungkin tidak pernah kita dengar sebelum ini.


Mitos: Saya telah mendapatkan vaksin flu sebelum ini, jadi saya mempunyai imuniti terhadap coronavirus.

Fakta: Suntikan vaksin flu sebenarnya merupakan vaksin untuk virus Influenza. Ia adalah jenis virus yang berlainan daripada Coronavirus. Kita masih tidak mempunyai vaksin untuk melindungi diri daripada coronavirus sama ada SARS, MERS atau 2019 n-CoV yang terkini. Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik dan jangan terlalu yakin dengan diri bahawa tidak akan dijangkiti virus kerana anda telah mengambil vaksin flu.

Mitos: Saya dilindungi daripada virus kerana saya sentiasa memakai topeng muka.

Fakta: Walaupun memakai topeng muka adalah suatu tindakan yang baik terutamanya semasa musim penularan wabak ini, adalah lebih baik untuk memakainya dengan cara yang betul dan memastikan tangan anda sentiasa bersih. Cara yang betul untuk memakai topeng muka adalah dengan memastikan bahagian berwarna sama ada biru atau hijau bergantung pada topeng yang berada di pasaran berada di luar dan untuk memastikan bahawa bahagian yang mempunyai garis besi dipasang pada batang hidung anda. Unsur yang lebih penting untuk memastikan bahawa tangan sentiasa bersih. Kerana kita menyentuh banyak benda yang kita sendiri tidak tahu, oleh itu, adalah lebih baik untuk kita menjaga kebersihan tangan kita. Cara terbaik untuk menjaga kebersihan tangan adalah dengan mengamalkan cara yang betul untuk mencuci tangan dan mencucinya dengan lebih kerap. Gunakan sabun dan air ketika mencuci tangan atau menggunakan “hand sanitizer” (pembersih tangan) apabila air dan sabun tidak tersedia. Adalah lebih baik untuk mengelakkan jangkitan dengan memiliki kebersihan tangan daripada memakai topeng muka.

source  http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan






Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama “DoctorOnCall” melancarkan portal Khidmat Nasihat Virtual khusus untuk menangani kerisauan orang ramai mengenai wabak Covid-19.

Dapatkan nasihat kesihatan terlebih dahulu melalui virtual health advisory atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) hotline.

CPRC hotline boleh dihubungi di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700 untuk mendapat khidmat nasihat.


Virtual Health Advisory Novel Coronavirus (COVID-19)
DoctorOnCall

https://www.doctoroncall.com.my/



https://t.me/MKNRasmi

Ikuti channel telegram MKN Rasmi
Informasi mengenai keselamatan negara dan usaha menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.
read more

Coronavirus disease (COVID-19) WHO advice for the public
https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public

The Centers for Disease Control and Prevention (CDC)
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/index.html

Coronavirus Disease (COVID-19) – Statistics and Research
https://ourworldindata.org/coronavirus

The Virtual Health Library (VHL)
https://www.who.int/library/databases/paho/en/https://bvsalud.org/en/

#COVID2019 
#COVID19malaysia
#MovementControlOrder
#RestrictedMovementOrderMY
#Staysafeeveryone
#DontBeASpreader

06 October 2017

Pelajar Dan Staff Dari 20 Universiti Awam Ini Boleh Nikmati Kadar Istimewa Dari AirAsia




AirAsia ada menyediakan kemudahan buat lebih 65,000 kakitangan dan mahasiswa dari 20 universiti awam untuk menikmati faedah program Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA)

Program ini telah diperkenal pada tahun 2004 yang mana ketika itu ia dibuat bagi membolehkan kakitangan kerajaan travel secara berpatutan.

Memorandum berkenaan program tersebut telah ditandatangani oleh AirAsia Berhad pada 5 Mei 2015.

Seronok betul dapat travel dengan harga istimewa. Tapi macam mana nak apply?
Waran Perjalanan Udara Awam tersedia untuk semua kakitangan dan pelajar universiti, tetapi untuk kegunaan RASMI sahaja.

Contohnya, apabila pasukan universiti perlu pergi ke suatu lokasi untuk bertanding dalam satu pertandingan menggunakan khidmat penerbangan, pihak universiti boleh memohon WPUA daripada AirAsia untuk mendapatkan fix rate atau harga tetap bagi tiket kapal terbang.

WPUA boleh digunakan untuk tempahan berkumpulan serta individu, dan ia hanya boleh dibeli oleh universiti berdaftar.


Jadi, apa yang menarik mengenai WPUA?

1. Seleksi tempat duduk termasuk tempat duduk PECUMA

Anda boleh memilih tempat duduk anda termasuk memilih untuk duduk di tepi tingkap. Anda juga berpeluang diberi pilihan untuk duduk bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sekiranya anda tidak memilih tempat duduk awal, anda masih akan disediakan tempat duduk semasa mendaftar masuk.



2. Hidangan makan dan minuman PERCUMA

Anda bakal dihidangkan dengan makanan-makanan enak dari pelbagai citarasa Asia dan juga antarabangsa.

Hidangan juga bergantung dengan pesawat yang anda naiki. Klik sini untuk maklumat lanjut.

    says.com

3. PERCUMA 20 kg peralatan sukan bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X
Peralatan sukan berikut boleh didaftar masuk, tertakluk pada bayaran peralatan sukan, yang boleh dipratempah secara dalam talian pada kadar diskaun atau pada kadar standard di kaunter daftar masuk lapangan terbang:

    + Golf
    + Papan luncur
    + Peralatan selam
    + Basikal
    + Ski/Papan luncur salji
    + Kriket

Sila ambil perhatian bahawa berat setiap item yang didaftar masuk mestilah tidak melebihi 32 kg.

   
4. PERCUMA 40 kg pertama bagasi bagi semua penerbangan AirAsia X



5. Perkhidmatan kaunter daftar penumpang PERCUMA

Bayaran perkhidmatan akan dikenakan kepada tetamu yang melakukan daftar masuk (check-in) kaunter untuk penerbangan domestik Malaysia. Tetapi dengan program ini, anda tidak akan dikenakan sebarang pembayaran.

Bagaimanapun anda juga boleh lakukan daftar masuk sendiri secara atas talian.



6. PERCUMA penukaran penerbangan yang tidak kurang dari 24 jam sebelum waktu penerbangan

Sebaik sahaja nombor tempahan dikeluarkan, penukaran penerbangan adalah tertakluk kepada terma berikut:

(i) Sebarang pertukaran yang dilakukan di luar 24 jam dari masa penerbangan adalah percuma melalui Agensi Pelancongan atau dengan menghubungi Air Asia.
(ii) Untuk pertukaran dalam masa 24 jam dari masa penerbangan, caj akan dikenakan jika anda terlepas penerbangan asal anda, dan anda hendaklah menaiki penerbangan seterusnya padahari yang sama sahaja.
(iii) Caj akan dikenakan untuk penundaan waktu penerbangan dalam masa 24 jam dari masa penerbangan.
(iv) Caj tidak akan dikenakan untuk penerbangan awal yang dilakukan di lapangan terbang.

  

7. Kemudahan penempahan sehingga 3 jam sebelum penerbangan

Penempahan sehingga 3 jam sebelum penerbangan boleh dibuat melalui ejen pelancongan yang dilantik.

  

8. Perlindungan insurans perjalanan dari Tune Protect


Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.


Jadi, universiti mana yang bertuah untuk menikmati faedah program ini? Lihat senarai di bawah:



        Universiti Malaya (UM)
        Universiti Sains Malaysia (USM)
        Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        Universiti Putra Malaysia (UPM)
        Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
        Universiti Teknologi MARA (UiTM)
        Universiti Islam Antarabangasa Malaysia (UIAM)
        Universiti Utara Malaysia (UUM)
        Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
        Universiti Malaysia Sabah (UMS)
        Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
        Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
        Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
        Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
        Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
        Universiti Malaysia Pahang (UMP)
        Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
        Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
        Universiti Malaysia Kelantan (UMK), and
        Univesiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Sila layari www.airasia.com dan baca tentang WPUA untuk maklumat lanjut



#airasia


21 October 2016

TEKS PENUH UCAPAN BAJET 2017


Berikut adalah teks ucapan penuh Bajet 2015 yang disampaikan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Rujuk link   berikut

Teks Ucapan Bajet 2017 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2017 http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub17.pdf pada 21 Oktober 2016 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:

20 October 2016

Live streaming pembentangan bajet 2017 belanjawan Malaysia

YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 di Parlimen. 

SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

SIARAN LANGSUNG BAJET 2017
Anda boleh menonton secara langsung menerusi RTM TV1, TV2 dan juga Media Prima TV3 dan TV9, Astro, Bernama TV


LIVE STREAMING BAJET 2017
Kepada yang tidak berkesempatan atau berada diluar, boleh juga menonton secara atas talian menerusi pautan yang disediakan dibawah.

(RTM) http://bajet.rtm.gov.my/bajet2017/
(RTM) http://myklik.rtm.gov.my/live
(TV3/TV9) http://tonton.com.my



Pembentangan Bajet 2017 juga boleh didengar menerusi Radio RTM Nasional FM.

Teks penuh ucapan pembentangan bajet 2017 akan dimuatnaik di laman http://www.treasury.gov.my/ bermula jam 6 petang ini, anda juga boleh membaca atau memuat turun disana.

SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
SIARAN LANGSUNG ATAU LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

16 July 2016

WILL BE BACK SOON




01 July 2016

BUAT RUMAH DENGAN HANYA 40K, LOAN BANK HANYA RM 150 SEBULAN






Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.
Kalau nak print gambar ni silakan.
Harga – rm60k
Subsidi kerajaan – rm20k
Yang perlu dibayar – rm40k
Kalau buat loan 20 tahun – rm150 bulan2
Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di –> Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.
Kalau nak print gambar ni silakan.
Harga – rm60k
Subsidi kerajaan – rm20k
Yang perlu dibayar – rm40k
Kalau buat loan 20 tahun – rm150 bulan2
Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di –> http://www.spnb.com.my/
atau
jumpa adun kawasan anda dan minta borang untuk RMR ni.
Sila sebarkan supaya smua orang tahu


15 April 2016

Tips Menghadapi Cuaca Panas Melampau

Semasa cuaca panas terik ini adalah penting untuk kita semua menjaga kesihatan dengan banyak minum air. Badan lebih cepat terhidrasi atau kurang air walaupun duduk dalam tempat berhawa dingin. Tambahan lagi aktiviti luar yang memang terkena cuaca panas.

02 April 2016

AWAS Cuaca Panas Melampau - Nasihat kepada orang ramai


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa cuaca panas dan gelombang haba yang sedang melanda negara perlu diambil perhatian dengan mengambil tindakan yang sewajarnya oleh setiap lapisan masyarakat.

01 March 2016

Musim Panas Ekstrem Melanda Malaysia

Musim panas ekstrem melanda negara , boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

31 December 2015

Long Weekends 2016 Malaysia



It's about time to start planning your 2016 holidays!

11 December 2015

Live Streaming Selangor Vs Kedah Final Piala Malaysia 2015


Live streaming Selangor vs Kedah Final Piala Malaysia 12 Disember 2015. Siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 kini berlangsung di Stadium Shah Alam bermula pada jam 9.00 Malam Sabtu. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran RTM TV1 dan TV3 bermula pada jam 8.40 Malam. Bagi penonton yang ingin menyaksikan perlawanan secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Selangor menentang Kedah Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015.

Live Streaming Selangor Vs Kedah Final Piala Malaysia 2015

    Server 1: TV3
    Server 2: RTM TV1

Keputusan Terkini Selangor 2 Vs Kedah 0 Piala Malaysia 2015 Akhir





06 August 2015

TEDx KL 2015 Theme: Infinity & Beyond

TEDx KL 2015 Theme: Infinity & Beyond
Sat Aug 8, 2015
11:00 AM - 8:00 PM MYT
Venue :    Putra Indoor Stadium,
Lebuhraya Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Tema & Logo Hari Kemerdekaan Malaysia 2015 #sehatisjiwa



Gambar logo dan tema Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan 2015 di Malaysia. Sehati Sejiwa dipilih menjadi tema utama Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2015. Tema “Sehati Sejiwa” mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Bermula tahun 2015, Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan tidak lagi menggunakan ulang tahun seperti kali ke 28 tapi sebaliknya menggunakan tahun iaiti “2015”. Ianya untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

Sumber: Bernama


30 July 2015

Google Malaysia melancarkan imej Street View Sabah & Sarawak

 
Google Malaysia melancarkan imej Street View jalan-jalan awam di Sabah dan Sarawak, termasuk koleksi khas Taman Negara Mulu (https://goo.gl/ncB3Te)

Selepas pelancaran Street View di Semanjung Malaysia pada September tahun lalu, Google telah menerbitkan imej untuk hampir 80 peratus pemandangan sepanjang jalan awam di Sabah dan Sarawak.

20 May 2015

LRT3 Bandar Utama-Klang rail project melalui UiTM, i-CIty,



 Cadangan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) merupakan projek yang dibangunkan selaras dengan Pelan Pembangunan Rel Bandar di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Ia adalah sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, efisien, bersepadu dan mapan bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ia bertujuan untuk menghubungkan Bandar Utama ke Klang dengan jarak keseluruhan 36km dan merangkumi 25 buah stesen. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun 2016 setelah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan dijangka siap menjelang tahun 2020.