Covid19-Coronavirus LIVE Map

Covid19-Coronavirus LIVE Map: [Updated Every 2 Minutes] Live Stream Stats, Update

COVID-19 Movement Control Order - MCO in Malaysia

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order - MCO) Malaysia

Dr Noor Hisham -The doctors at the top

In the Spotlight : Dr Noor Hisham - in Malaysia, medical professionals have been calm and clear in doling out health advice devoid of politics for weeks, and gained a loyal following in the process.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

06 October 2017

Pelajar Dan Staff Dari 20 Universiti Awam Ini Boleh Nikmati Kadar Istimewa Dari AirAsia




AirAsia ada menyediakan kemudahan buat lebih 65,000 kakitangan dan mahasiswa dari 20 universiti awam untuk menikmati faedah program Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA)

Program ini telah diperkenal pada tahun 2004 yang mana ketika itu ia dibuat bagi membolehkan kakitangan kerajaan travel secara berpatutan.

Memorandum berkenaan program tersebut telah ditandatangani oleh AirAsia Berhad pada 5 Mei 2015.

Seronok betul dapat travel dengan harga istimewa. Tapi macam mana nak apply?
Waran Perjalanan Udara Awam tersedia untuk semua kakitangan dan pelajar universiti, tetapi untuk kegunaan RASMI sahaja.

Contohnya, apabila pasukan universiti perlu pergi ke suatu lokasi untuk bertanding dalam satu pertandingan menggunakan khidmat penerbangan, pihak universiti boleh memohon WPUA daripada AirAsia untuk mendapatkan fix rate atau harga tetap bagi tiket kapal terbang.

WPUA boleh digunakan untuk tempahan berkumpulan serta individu, dan ia hanya boleh dibeli oleh universiti berdaftar.


Jadi, apa yang menarik mengenai WPUA?

1. Seleksi tempat duduk termasuk tempat duduk PECUMA

Anda boleh memilih tempat duduk anda termasuk memilih untuk duduk di tepi tingkap. Anda juga berpeluang diberi pilihan untuk duduk bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sekiranya anda tidak memilih tempat duduk awal, anda masih akan disediakan tempat duduk semasa mendaftar masuk.



2. Hidangan makan dan minuman PERCUMA

Anda bakal dihidangkan dengan makanan-makanan enak dari pelbagai citarasa Asia dan juga antarabangsa.

Hidangan juga bergantung dengan pesawat yang anda naiki. Klik sini untuk maklumat lanjut.

    says.com

3. PERCUMA 20 kg peralatan sukan bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X
Peralatan sukan berikut boleh didaftar masuk, tertakluk pada bayaran peralatan sukan, yang boleh dipratempah secara dalam talian pada kadar diskaun atau pada kadar standard di kaunter daftar masuk lapangan terbang:

    + Golf
    + Papan luncur
    + Peralatan selam
    + Basikal
    + Ski/Papan luncur salji
    + Kriket

Sila ambil perhatian bahawa berat setiap item yang didaftar masuk mestilah tidak melebihi 32 kg.

   
4. PERCUMA 40 kg pertama bagasi bagi semua penerbangan AirAsia X



5. Perkhidmatan kaunter daftar penumpang PERCUMA

Bayaran perkhidmatan akan dikenakan kepada tetamu yang melakukan daftar masuk (check-in) kaunter untuk penerbangan domestik Malaysia. Tetapi dengan program ini, anda tidak akan dikenakan sebarang pembayaran.

Bagaimanapun anda juga boleh lakukan daftar masuk sendiri secara atas talian.



6. PERCUMA penukaran penerbangan yang tidak kurang dari 24 jam sebelum waktu penerbangan

Sebaik sahaja nombor tempahan dikeluarkan, penukaran penerbangan adalah tertakluk kepada terma berikut:

(i) Sebarang pertukaran yang dilakukan di luar 24 jam dari masa penerbangan adalah percuma melalui Agensi Pelancongan atau dengan menghubungi Air Asia.
(ii) Untuk pertukaran dalam masa 24 jam dari masa penerbangan, caj akan dikenakan jika anda terlepas penerbangan asal anda, dan anda hendaklah menaiki penerbangan seterusnya padahari yang sama sahaja.
(iii) Caj akan dikenakan untuk penundaan waktu penerbangan dalam masa 24 jam dari masa penerbangan.
(iv) Caj tidak akan dikenakan untuk penerbangan awal yang dilakukan di lapangan terbang.

  

7. Kemudahan penempahan sehingga 3 jam sebelum penerbangan

Penempahan sehingga 3 jam sebelum penerbangan boleh dibuat melalui ejen pelancongan yang dilantik.

  

8. Perlindungan insurans perjalanan dari Tune Protect


Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.


Jadi, universiti mana yang bertuah untuk menikmati faedah program ini? Lihat senarai di bawah:



        Universiti Malaya (UM)
        Universiti Sains Malaysia (USM)
        Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        Universiti Putra Malaysia (UPM)
        Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
        Universiti Teknologi MARA (UiTM)
        Universiti Islam Antarabangasa Malaysia (UIAM)
        Universiti Utara Malaysia (UUM)
        Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
        Universiti Malaysia Sabah (UMS)
        Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
        Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
        Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
        Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
        Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
        Universiti Malaysia Pahang (UMP)
        Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
        Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
        Universiti Malaysia Kelantan (UMK), and
        Univesiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Sila layari www.airasia.com dan baca tentang WPUA untuk maklumat lanjut



#airasia