Covid19-Coronavirus LIVE Map

Covid19-Coronavirus LIVE Map: [Updated Every 2 Minutes] Live Stream Stats, Update

COVID-19 Movement Control Order - MCO in Malaysia

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order - MCO) Malaysia

Dr Noor Hisham -The doctors at the top

In the Spotlight : Dr Noor Hisham - in Malaysia, medical professionals have been calm and clear in doling out health advice devoid of politics for weeks, and gained a loyal following in the process.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

04 June 2020

UiTM pulangkan yuran kolej kediaman sepanjang PKP


UiTM pulangkan yuran kolej kediaman sepanjang PKP
Oleh Muhammad Yusri Muzamir
yusri.muzamir@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan memulangkan yuran kolej kediaman dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac lalu.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pemulangan yuran kolej kediaman itu akan dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.
Bagaimanapun, katanya, yuran pelajaran tidak akan dipulangkan berikutan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih diteruskan secara dalam talian.
"Pelajar mungkin perlu memohon (untuk mendapatkan pemulangan yuran kolej kediaman) dan permohonan akan dibuka selepas kita memuktamadkan perkara ini.
"Setakat ini itulah pendirian kami walaupun ada pelajar tidak menggunakan kemudahan di universiti seperti makmal dan sebagainya kerana caj dikenakan secara keseluruhan perkhidmatan dan bukannya secara berasingan.
"Bagaimanapun, kita tunggu pendirian kerajaan dan UiTM akur dengan setiap keputusan berkaitan perkara ini, walaupun kadar ditetapkan UiTM adalah terendah berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain," katanya kepada BH, hari ini.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Dr R Badlishah Ahmad, menjelaskan pendirian mengenai isu berkenaan akan diputuskan selepas ia dimuktamadkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Ini kerana katanya, yuran dikenakan terhadap pelajar adalah sangat minimum dan hanya meliputi 10 peratus kos operasi universiti, selain hampir 95 peratus lagi ditanggung kerajaan menerusi subsidi.
"Kita sudah berikan maklumat terperinci mengenai yuran dikenakan pelajar dan akan tunggu Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi muktamadkan bahagian mana boleh dikurangkan.
"Saya pasti KPT akan buat keputusan yang betul, selain saya faham situasi terkini dan ia terserah kepada kementerian untuk mempertimbangkan pengurangan yuran ini," katanya.
Bagi Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran pula menjelaskan bersedia bagi sebarang keputusan akan dibuat KPT berhubung isu berkenaan.

"Kita akan teliti aspek yang boleh dikurangkan dalam yuran pelajar dan perlu berlaku adil kepada mereka. Tiada sebarang caj akan dikenakan kepada perkara tidak digunakan mereka.
"Bagaimanapun, kita masih dalam perbincangan untuk meneliti perkara ini secara menyeluruh, selain mewujudkan situasi menang menang bagi kedua-dua pihak," katanya.
ikhsan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/695228/uitm-pulangkan-yuran-kolej-kediaman-sepanjang-pkp