LTdL 2013
Jadual LTdL 2013
LTdL 2013
Rekod Pemenang Raja Pecut
LTdL 2013
LTdL 2013
Rekod Pemenang Individu
Rekod Pemenang Individu
LTdL 2013
Senarai Pasukan LTdL 2013
LTdL 2013
Barisan Pelumba Negara LTdL 2013
Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013
EDISI Le Tour de Langkawi (LTdL) yang ke-18 dengan tagline “The Heat is On” bakal menyaksikan kembalinya perlumbaan ke lokasi asalnya, tetapi juga laluan yang lebih mencabar termasuklah pendakian ke Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Kejohanan ini merupakan edisi ketiga yang diiktiraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai perlumbaan bertaraf 2.HC (kategori Hors) pada kalendar UCI Tour yang dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Kejohanan LTdL tahun ini telah mendapat sokongan saluran Eurosport yang akan menyiarkan perlumbaan ini untuk tontonan lebih 600 juta penonton di seluruh dunia dan ini juga akan memberi impak kepada aktiviti promosi dan penjenamaan para penaja. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian Online bersama Ketua Pegawai Operasinya, Emir Abdul Jalal baru-baru ini.