22 Mar 2013 – 24 Mar 2013
Catch the blazing action at one of the most challenging tracks in the world. With its extreme hot and wet conditions, the Sepang International Circuit tests the skills of the world's finest racers to the limit. Be there to witness the action, live!Venue
Sepang International Circuit, Selangor
Phone
+603-8778 2200
http://www.formula1.com/
http://www.malaysia-grand-prix.com/
Enam juara dunia bertemu di Sepang
PERLUMBAAN Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia Petronas bakal menjanjikan saingan sengit terutamanya dengan penampilan semula bekas-bekas juara dunia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 23 hingga 25 Mac ini.
Kemunculan juara dunia, Kimi Raikkonen, Michael Shumacher, Fernando Alonso, Lewis Hamilton, Sebastian Vettel pastinya menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi pemandu McLaren, Jenson Button yang baru sahaja memenangi Grand Prix (GP) Australia kelmarin.
Saingan pembuka tirai di Melbourne kelmarin sebagai petanda awal, terutama kemenangan Button dilihat mampu menggugat pencabar lain supaya berwaspada dengan kehadirannya berbanding rakan sepasukannya, Hamilton yang terdesak membuktikan momentumnya masih di tahap terbaik selepas gagal menyerlah pada musim lalu dan sekadar menduduki tempat kelima secara keseluruhan.
Pemandu Red Bull yang juga juara dua kali di SIC, Vettel tidak mahu melepaskan peluangnya mencipta hatrik untuk saingan kali ini, selepas memenangi kejuaraan sama pada 2010 dan 2011 sekali gus menebus maruah yang tercalar selepas sekadar meraih podium kedua di Melbourne.
Vettel juga melakar sejarah menjadi pemandu termuda memenangi gelaran juara dunia pada usia 24 tahun dan memenangi 11 daripada 19 perlumbaan musim lalu.
Tidak ketinggalan pemandu sensasi dunia, Shumacher yang bertekad untuk mencipta kejuaraan kelapan bersama pasukan barunya, Mercedes GP dan penampilan Raikonen bersama pasukan Lotus turut melakar sejarah baru dalam perlumbaan F1 selepas dua tahun meninggalkan perlumbaan di litar.
Pemandu Ferrari, Alonso juga tidak boleh dipandang enteng terutama yakin dengan pasukannya kekal sebagai pencabar utama tahun ini walaupun ujian musim sejuk pasukan itu mengecewakan.
Apa pun, juara di litar SIC hanya ditentukan pada perlumbaan sebenar Ahad ini.
SIC meletakkan sasaran 110,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsungnya perlumbaan kali ini dan ia sasaran tertinggi sejak dianjurkan kali pertama pada 1999.
http://www.sinarharian.com.my/sukan/enam-juara-dunia-bertemu-di-sepang-1.33759
0 comments:
Post a Comment