Covid19-Coronavirus LIVE Map

Covid19-Coronavirus LIVE Map: [Updated Every 2 Minutes] Live Stream Stats, Update

COVID-19 Movement Control Order - MCO in Malaysia

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order - MCO) Malaysia

Dr Noor Hisham -The doctors at the top

In the Spotlight : Dr Noor Hisham - in Malaysia, medical professionals have been calm and clear in doling out health advice devoid of politics for weeks, and gained a loyal following in the process.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

Be Back Soon

Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang Malaysia dan banyak lagi.

Showing posts with label MCO. Show all posts
Showing posts with label MCO. Show all posts

23 April 2020

Pelajar IPT dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh terdekat - PKP

“Pada Anak-Anak Kita Di Kampus, Tak Lama Lagi Bolehlah Pulang Ke Pangkuan Keluarga Masing-Masing” – Perdana Menteri


Berita Ehsan RTM
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi kelonggaran kepada pelajar yang masih di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata proses membawa pelajar berkenaan pulang sedang dirancang kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Katanya, jumlah pelajar hampir 100,000 orang dengan proses membawa pulang perlu dirancang secara teliti bagi memastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan COVID-19.

"Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala COVID-19.

"Kepada anak-anak kita yang berada di kampus, insya-Allah dalam tempoh tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga.

"Butiran terperinci mengenai pergerakan pulang ini akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat. Jadi, kepada ibu bapa sabar dulu.

"Beri sedikit masa kepada pihak kementerian yang berkaitan untuk menguruskan perkara ini. Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, anak-anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat," katanya dalam perutusan khas, malam tadi.sumber  
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680901/pelajar-ipt-dibenarkan-pulang-ke-rumah-dalam-tempoh-terdekat


sumber : https://twitter.com/BernamaTV/status/1253306002566295552


SEBENARNYA.MY | Tidak Pasti Jangan Kongsi
https://sebenarnya.my/


31 March 2020

Free Data 1GB -Data Mudah Alih Percuma 1GB hingga PKP Covid19 berakhir


Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN yang salah satu daripadanya adalah menyediakan perkhidmatan internet percuma selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (KPP)

"Antara inisiatif yang ditawarkan adalah Internet percuma bernilai RM600 juta dari April sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir," kata SKMM sambil menambah bahawa langkah itu termasuk internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari oleh pascabayar serta prabayar Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile.

Pelanggan pascabayar dan prabayar empat syarikat telekomunikasi utama negara akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB) sehari, mulai 1 April ini sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemberian kuota secara percuma untuk pelanggan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis serta U Mobile itu adalah untuk digunakan antara jam 8 pagi hingga jam 6 petang.

“Panggilan percuma juga diberikan kepada pelanggan untuk menghubungi talian hotline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ringkasnya Cara Memohon 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020

8 pagi hingga 6 petang setiap hari

1. CELCOM
  - automatik terus masuk 

2. DIGI
   - tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

3. MAXIS
  - tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

4. UMOBILE
   - Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer

Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

5. ONEXOX
  - tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau
 USSD *150#.

6. TUNE TALK
- hantar mesej taip STAYHOME dan hantar ke 2222


-----------------------


Untuk Maxis Mobile

Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.

Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’
maklumat lanjut
https://www.maxis.com.my/campaigns/stay-home-stay-connected/ 

-----------------------

Untuk UMobile 
penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :

*118*6*7# untuk pengguna prabayar
*118*7*6# untuk pengguna pascabayar
maklumat lajut
https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/64/5458

-----------------------

Untuk Celcom Mobile
Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. 

Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,

*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
*118# untuk pengguna pascabayar
maklumat lanjut 
https://www.celcom.com.my/support/faq/personal#personal-shop-covid-19-support


-----------------------

Untuk pengguna Digi Mobile
Pengguna Digi akan memperoleh data 1GB percuma bermula 8 pagi hingga 6 petang bermula 20 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kelak. Ianya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan juga postpaid broadband. Anda perlu tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.digi.com.my/shop/digi-cares

-----------------------


sumber  BERNAMA
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1826703


#covid19 #pkp #mco #stayhome #dudukrumah 

27 March 2020

Senarai Bantuan Semasa PKP COVID-19




PUTRAJAYA: Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, susulan penularan wabak Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata mereka yang layak menerima bantuan itu adalah pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.

“(Bantuan itu juga) layak untuk pencarum sistem insurans pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan. Langkah ini melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta.

“Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Muhyiddin turut mengumumkan diskaun caj elektrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian.

“Dalam pakej rangsangan ekonomi (PRE2020) pada 27 Feb 2020, kategori perniagaan yang terjejas berikutan Covid-19, terutamanya sektor pelancongan akan menerima diskaun 15% bagi penggunaan elektrik untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April hingga 30 Sept 2020,” katanya.

Perdana menteri berkata, mengambil kira penularan Covid-19 menyebabkan impak yang lebih meluas, kerajaan memutuskan untuk memberi diskaun 2% bagi semua pengguna lain dalam sektor komersial, perindustrian dan pertanian serta pengguna domestik bermula 1 April hingga 30 Sept 2020.

Muhyiddin berkata, langkah pemberian diskaun 2% itu dijangka melibatkan anggaran peruntukan RM500 juta.

“Diskaun ini akan dimanfaatkan oleh lebih daripada 10 juta isi rumah dan pengguna komersial, industri serta pertanian,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata pembayaran RM200 Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada setiap penerima dibayar hari ini, diawalkan daripada tarikh asal pada Mei 2020 seperti yang diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi (PRE2020) pada 27 Feb

Beliau berkata, bayaran berjumlah RM760 juta itu akan memanfaatkan seramai 3.8 juta isi rumah penerima BSH.

“Bayaran tambahan sebanyak RM100 seperti mana yang diumumkan dalam PRE2020 akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bayaran tambahan bulan Mei ini melibatkan RM500 juta yang akan memanfaatkan 5 juta penerima BSH,” katanya.