20 May 2015

LRT3 Bandar Utama-Klang rail project melalui UiTM, i-CIty,



 Cadangan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) merupakan projek yang dibangunkan selaras dengan Pelan Pembangunan Rel Bandar di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Ia adalah sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, efisien, bersepadu dan mapan bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ia bertujuan untuk menghubungkan Bandar Utama ke Klang dengan jarak keseluruhan 36km dan merangkumi 25 buah stesen. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun 2016 setelah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan dijangka siap menjelang tahun 2020.



LRT3 Line integration map
http://lrt3.com.my/v14/images/fix/peta_big.jpg

24 buah stesen di atas landasan ternaik (elevated stations) dan 1 buah stesen di bawah tanah (underground station)
1) Stesen One Utama
2) Stesen Damansara Utama
3) Stesen Tropicana
4) Stesen Lien Hoe
5) Stesen Dataran Prima
6) Stesen Persada Plus
7) Stesen Station 3
8) Stesen Temasya
9) Stesen Glenmarie
10) Stesen Grand Sentral Stadium
11) Stesen Persiaran Hisamuddin
12) Stesen Section 4
13) Stesen Sirim
14) Stesen UiTM
15) Stesen I-City
16) Stesen Bukit Raja
17) Stesen Kawasan 17
18) Stesen Jalan Meru
19) Stesen Klang
20) Stesen Taman Selatan
21) Stesen Sri Andalas
22) Stesen Tesco Bukit Tinggi
23) Stesen Aeon Bukit Tinggi
24) Stesen Bandar Botanik
25) Stesen Johan Setia, Klang


Proposed plan for each LRT3 station


1.    LRT3 merupakan saah satu daripada inisiatif bagi mengukuhkan kecekapan rel dan menyokong usaha dalam meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam kepada 40% menjelang 2030 berbanding 21% pada masa kini.
2.    Ia akan berfungsi sebagai tulang belakang bagi memberikan perkhidmatan antara kawasan Koridor Barat Lembah Klang dengan pusat bandar Kuala Lumpur menerusi integrasi di 5 buah stesen termasuklah One Utama dengan MRT Laluan Sg. Buloh-Kajang, Stesen 3 dengan LRT Laluan Kelana Jaya, Stadium dan SIRIM dengan BRT Kuala Lumpur-Klang,serta Klang dengan KTM Komuter Laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang.
3.    Ia dapat mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang lebuhraya dan jalan-jalan utama ke pusat bandar Kuala Lumpur.
4.    Ia memberi akses pengangkutan yang baik terutamanya ke tempat kerja, kawasan komersil, kawasan perumahan, institusi pendidikan dan kawasan rekreasi.

Jenis Stesen:
 
1.    24 buah stesen di atas landasan ternaik (elevated stations) dan 1 buah stesen di bawah tanah (underground station)
2.    Berintegrasi (KTM Komuter, LRT Laluan Kelana Jaya, BRT Kuala Lumpur - Klang, MRT Laluan Sg. Buloh - Kajang)
    
Kemudahan mengambil dan menurunkan penumpang:
 
1.    Hentian sebelah untuk bas dan teksi
2.    Parkir dan Gerak (Park & Ride / P&R)
3.    Turunkan & Gerak (Kiss & Ride / K&R)
4.    Kawasan letak kereta khas bagi Orang Kelainan Upaya (OKU)
    
Laluan / Jambatan untuk Pejalan Kaki:
 
1.    Laluan berbumbung
2.    Jambatan untuk pejalan kaki
3.    Kemudahan untuk OKU(laluan taktil, tanjakan (ramps) mengikut keperluan)
4.    Pencahayaan yang mencukupi & ciri-ciri keselamatan
    
Kemudahan awam:
 
1.    Lif & eskalator
2.    Tanjakan (ramps) untuk OKU
3.    Tandas awam
4.    Surau & tempat wudhuk
5.    Pusat khidmat pelanggan
6.    Kawasan niaga
7.    Telefon awam
    
Jualan tiket & tambah nilai:
 
1.    Mesin Jualan Tiket
2.    Kaunter Tiket










sumber : 
http://lrt3.com.my/
http://www.iproperty.com.my/news/10193/construction-of-lrt3-to-start-in-first-quarter-of-2016

0 comments: