01 March 2016

Musim Panas Ekstrem Melanda Malaysia

Musim panas ekstrem melanda negara , boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini berdepan cuaca panas melampau bermula beberapa  minggu lalu dijangka sehingga awal Jun ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.




Malaysia tidak akan mengalami cuaca panas dan kering setiap tahun kerana fenomena El Nino hanya berlaku dalam tempoh setiap dua hingga tujuh tahun.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Md Diah berkata, Malaysia khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung kini mengalami cuaca panas kerana dua faktor iaitu fenomena El Nino dan kedudukan beberapa negeri yang berdekatan dengan kawasan rabung subtropika.

"Rabung subtropika ialah kawasan yang menerima tekanan tinggi atmosfera yang menghalang pembentukan awan seterusnya mengakibatkan cuaca panas," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Jaspal bertanya mengapa Malaysia terutamanya di utara Semenanjung Malaysia sekarang mengalami cuaca panas dan sama ada ia berlaku setiap tahun.

Abu Bakar berkata, cuaca panas di Malaysia tidak berlaku setiap tahun kerana berdasarkan kepada rekod kementerian, fenomena El Nino berlaku pada jarak yang panjang.

Sebelum ini, Malaysia pernah mengalami fenomena berkenaan pada 1982 sehingga 1983 diikuti pada 1997 sehingga 1998 dan terbaharu dari 2015 hingga tahun ini.

Selain Malaysia, fenomena El Nino turut melanda Australia, negara-negara lain di Asia Tenggara dan di sekitar Lautan Pasifik. - Bernama



Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.

Dapatkan Tips Kesihatan Ketika Cuaca Panas


http://mymalaysiaonestop.blogspot.my/2016/04/tips-menghadapi-cuaca-panas-melampau.html 

Maklumat Cuaca rujuk Jabatan Meteorologi Malaysia melalui http://www.met.gov.my.


sumber :
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/panas-ekstrem-melanda-negara-boleh-bawa-maut-1.62093

0 comments: