Menurut Bank Negara, prestasi ringgit setakat 12 November 2025 memang luar biasa apabila mata wang negara mengukuh 8.2% sejak awal tahun (YTD), menjadikannya antara mata wang paling kuat di Asia.
Pada paras RM4.16/USD, ringgit bukan sahaja stabil, malah mencatat kenaikan 0.05% dalam suku ketiga (3Q) walaupun persekitaran global masih bergolak.
Kenaikan ini juga disokong oleh indikator penting lain seperti NEER (Nominal Effective Exchange Rate) yang naik 0.8% pada 3Q dan 5.3% YTD, menunjukkan ringgit bertambah kukuh bukan sekadar berbanding USD, tetapi juga berbanding mata wang negara rakan dagang utama Malaysia.
Dari sudut luaran, BNM menjelaskan pengukuhan ini banyak didorong oleh tindakan Federal Reserve AS yang mula melonggarkan dasar monetari pada September, menjadikan USD kurang dominan berbanding awal tahun.
Ditambah pula jangkaan pasaran bahawa Fed akan membuat lebih banyak pemotongan kadar faedah akibat kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi AS, ini automatik beri ruang ringgit untuk naik.
Selain itu, pengumuman perjanjian perdagangan baru AS dengan beberapa rakan dagang termasuk Malaysia, yang mengurangkan ketidaktentuan tarif, turut meningkatkan sentimen pelabur dan mengukuhkan permintaan terhadap aset kewangan Malaysia.
Di peringkat domestik pula, Bank Negara melaporkan data pembiayaan ekonomi kekal kukuh. Kredit sektor swasta bukan kewangan berkembang 5.9% pada 3Q 2025 (berbanding 5.2% pada 2Q), manakala bon korporat melonjak 7.3%, menunjukkan syarikat aktif mendapatkan dana untuk berkembang.
Pinjaman perniagaan turut meningkat kepada 5.4% (vs 4.5% pada suku sebelumnya), dengan SME menunjukkan pertumbuhan sihat dalam pinjaman modal kerja.
Pinjaman isi rumah pula sederhana sedikit pada 5.7% (turun daripada 6%), selari dengan normalisasi permintaan.
Semua data ini memberi gambaran bahawa ekonomi Malaysia masih solid, dan kombinasi faktor global + domestik inilah yang terus menyokong pengukuhan ringgit sepanjang tahun.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2025/11/1471677/nilai-ringgit-meningkat-82-peratus-berbanding-dolar-tahun-ini
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2025/11/ringgit-terus-mengukuh-pada-suku-ketiga-2025/
https://www.buletintv3.my/detik-niaga/ringgit-mengukuh-berbanding-majoriti-mata-wang-rakan-dagang/






0 comments:
Post a Comment