
Ya, Sami Yusuf akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada Julai 2012 di Stadium Melawati Shah Alam.Pengumuman berita gembira ini telah dibuat oleh Sami Yusuf sendiri di Majlis Sidang Media Konsert Salaam yang berlangsung di sebuah restoran makanan arab terkenal Kuala Lumpur, Restoran Hadramaut. Diberi nama Konsert Salaam, konsert pertama Sami Yusuf di Malaysia ini bakal menjadi hadiah istimewa Sami Yusuf buat para peminatnya di Malaysia...