11 April 2012

Opick Bertemu Peminat di Malaysia


KUALA LUMPUR – Iluvislam dengan kerjasama TV AlHijrah akan membawakan penyanyi terkemuka dari Indonesia, Opick bagi bertemu peminat di Malaysia.

Program bertemu peminat ini akan diadakan bersempena dengan program Cinta Masjid di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang, Selangor pada hari Sabtu, 14 April ini.

Selain mengadakan persembahan istimewa khas buat peminat di Malaysia, Opick juga akan mempromosikan konsert terbaru beliau bersama iluvislam.com iaitu RHytm Of The Soul.

Peminat Opick yang ingin menyaksikan persembahan opick boleh hadir di masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bersempena program tersebut.

Turut diadakan rakaman 30 Minit bersama Ustaz Don dan siaran langsung Selangor Berselawat bersama kumpulan Al-Mawlid.
Menurut kenyataan itu, program sehari dengan kerjasama dan kariah serta jawatankuasa Masjid Al-Azim itu akan turut mengakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan diadakan seperti gotong royong memasak, pertandingan nasyid, pertandingan azan serta aktiviti sukan rakyat.

Program Cinta Masjid juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengetahui rancangan –rancangan terbitan TV AlHijrah serta mengenali dengan lebih dekat personaliti TV AlHijrah seperti Ustaz Don Daniyal, Hos rancangan Assalamualaikum Amin Idris, dan Irma Hasmie serta ramai lagi.

0 comments: