22 April 2012

Sami Yusuf Akan Adakan Konsert Pertama Di Malaysia

Sami-yusuf-credit-razin
Ya, Sami Yusuf akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada Julai 2012 di Stadium Melawati Shah Alam.Pengumuman berita gembira ini telah dibuat oleh Sami Yusuf sendiri di Majlis Sidang Media Konsert Salaam yang berlangsung di sebuah restoran makanan arab terkenal Kuala Lumpur, Restoran Hadramaut.

Diberi nama Konsert Salaam, konsert pertama Sami Yusuf di Malaysia ini bakal menjadi hadiah istimewa Sami Yusuf buat para peminatnya di Malaysia yang tidak jemu-jemu menantikan kehadiran Sami Yusuf di Malaysia. Konsert Salaam ini dianjurkan oleh Offshore Entertainment Production Ptd Ltd yang berpusat di Singapura.

Kita juga difahamkan, serentak dengan konsert itu, Sami Yusuf akan melancarkan album terbaru beliau yang berjudul Salaam.

Samiyusofsalamm

Di Majlis Sidang Media yang sama, Sami Yusuf turut mengambil peluang meraikan beberapa kumpulan penghuni rumah anak yatim, warga emas dan kanak-kanak istimewa yang didatangkan khas oleh pihak penganjur. Sinonim sebagai artis yang aktif menjalankan kerja-kerja amal kemasyarakatan, Sami Yusuf kelihatan begitu mesra menyapa dan menghiburkan golongan tersebut yang begitu dekat dihati beliau.

Majlis sidang media tersebut turut dihadiri oleh para pengamal media dan beberapa orang artis Malaysia seperti Mestica, Amin Inteam, UNIC dan Mu’adz Dzulkefly.

sumber maklumat:

http://www.facebook.com/SamiYusuf

http://munsyeed.com

 

0 comments: