09 June 2009

Fw: KURSUS-KURSUS KEMAHIRAN UNTUK STAF KERAJAAN


KURSUS-KURSUS KEMAHIRAN UNTUK STAF KERAJAAN 

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY akan menganjurkan kursus-kursus yang berikut pada bulan Jun-Ogos 2009:
 
 
1.       PEREKAAN PENERBITAN (22-25 Jun 2009) di Pearl Hotel, KL. Untuk memberi imbingan kepada peserta tentang konsep, proses dan rangka perekaan penerbitan; Untuk memandu peserta dalam tata hias penerbitan yang dapat memastikan keberkesanannya; Untuk memberikan maklumat dan tips kepada peserta tentang amalan semasa dalam tata hias penerbitan. Pembimbing: Prof. Madya Dr Mus Chairil.
2.       Menulis teks ucapan (9-10 Jun 2009) di Pearl Hotel, KL. Untuk membimbing penulisan teks ucapan yang berkesan; Untuk memberikan pemahaman tentang pelbagai peringkat penulisan ucapan daripada mencari bahan hinggalah mengolah bahan untuk ucapan; Untuk membimbing pelbagai dalil dan retorik yang dapat dimanfaatkan bagi menghasilkan ucapan yang berkesan. Pembimbing: Dr Jeniri Amir.
3.       PENYEDIAAN DOKUMEN RASMI (3-4 Ogos 2009) di Pearl Hotel, KL. Membimbing peserta dalam penyediaan dokumen rasmi yang piawai; Memandu peserta tentang pelbagai kaedah dalam penulisan dokumen rasmi dan menyuntingnya; Membimbing peserta tentang pelbagai kesilapan yang sering dilakukan dalam penyediaan dokumen rasmi. Pembimbing: Prof. Dr Awang Sariyan.
4.       PENGUASAAN TATABAHASA MELAYU (5-6 Ogos 2009) di Pearl Hotel, KL. Untuk memberikan bimbingan tentang penguasaan bahasa, khususnya pembinaan ayat yang betul dan berkesan; Untuk membincangkan pelbagai isu dalam kesalahan tatabahasa; Untuk membimbing akan cara-cara meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan dan penerbitan. Pembimbing: Prof. Dr Awang Sariyan.
5.       PENULISAN DAN PENERBITAN NEWSLETTER (10-13 Ogos 2009) di Mahkota Century, Melaka. Memberikan bimbingan kepada peserta tentang konsep, proses dan rangka kerja penerbitan newsletter; Memandu peserta dalam penerbitan newsletter yang dapat meningkatkan imej organisasi; Memberikan maklumat dan tips kepada peserta tentang amalan semasa dalam tata hias penerbitan. Pembimbing: Prof. Madya Dr Mus Chairil & Prof. Madya Dr Hamedi M. Adnan.
6.       MENULIS SURAT RASMI & MINIT MESYUARAT (11-12 Ogos 2009) di Mahkota Century, Melaka. Untuk memberikan bimbingan tentang format terkini dalam penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat; Untuk memandu tentang amali penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat; Untuk membekalkan ilmu dan keterampilan dalam penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat. Pembimbing: Dr Jeniri Amir.
7.       PERUCAPAN AWAM (13-14 Ogos 2009) di Mahkota Century, Melaka. Memberi bimbingan untuk berucap di depan umum; Memandu peserta mengenal pasti kelemahan sewaktu berucap; Memberikan tips ketika berucap; Membekalkan kaedah dan petua untuk membolehkan mereka berucap dengan yakin di depan umum. Pembimbing: Dr Jeniri Amir.

 
Mohonlah daripada Bahagian Latihan institusi anda. Untuk makluman lanjut, sila layari laman web www.mediumbooks.net atau hubungi:
 

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY

4A, Tkt 1, Jln 7/1C, Seksyen 7

43650 Bandar Baru Bangi

SELANGOR

Tel: 03-8925 9085 Faks: 03-8920 2351

E-mel: mediumbooks@yahoo.com

Web: www.mediumbooks.net

 

0 comments: